Friday 21 October 2011

Hari Glamour :D


Selamat pagiiii ! 
Sememangnya aku bangun awal pagi hari ini. Tak tahulah sebab apa. Tengok-tengok jam pukul 5. Huishh takkan bersemangat nak pergi jamuan pengawas. Tak mungkin sebab aku tak adalah rasa excited sangat tapi sebenarnya excited jugak bila fikir balik. :P
Agaknya ni semua gara-gara aku tertidur awal semalam, pukul 9. 
Allah .. aku terlepas makan malam*berulang kali*. Patutlah rasa bergendang je perut sekarang. ;(


Point sebenarnya ialah jamuan pengawas setiap tahun memang tempat untuk glamour. 
tapi dorang je, aku tak pon :( 
aku tak pasti sebenarnya apa nak pakai. ok ke? entah ...
lagi-lagi tahun ni buat kat restoran tupai-tupai, bukan hilton atau palace of the golden horses, *ewahhh demanding nampak* hahaha :D .. bersyukur bersyukur ..


Hari-hari macam ni ramai orang akan cramp pipi sebab terpaksa buat senyum comel semata-mata untuk bergambar, Tapi gambar tu nanti juga lah yang akan buat korang senyum sorang-sorang bila masuk U, kan kan? :P


Taknak cakap pasal makanan ke?
ok... aku dah bersedia nak bagi pelempang kat aku .. 
tengah lapar cerita pasal makanan pulak!
aku tak pasti kesedapan makanan tupai-tupai shah alam dengan tupai-tupai KL. sebab aku pernah pergi yang KL je, sumpah sedap nak mati! bertambah-tambah makan. mungkin salah satu cara untuk jadi 54 .. *oppsss hehe


Waktu ni juga para senior akan menggoyangkan kaki mereka menjamu makanan. 
almaklumlah dorang nak habis sekolah jadi biar dorang enjoy! *aku jeles* :D 
jujurnya aku tak suka dorang habis sekolah .. hmmmpppp :(  *alahai*
budak form 4 yang akan sibuk mengurus majlis. well tahun depan giliran aku pulak *kot* .. 


benda paling penting! CABUTAN BERTUAH !
dah 2 tahun berturut turut jamuan pengawas aku tak dapat hadiahhhh ... :(
ya allah ya tuhanku murahkanlah rezeki aku tahun ni .. 
serius takboleh blah tahun lepas satu meja tu dapat, aku je yang tak .. balik hampa jee ..
p/s : aku memerlukan cikgu zalinah sepatut nya kali ini.. sebab dia selalu panggil "budak bertuah" kat anak2 didik dia , selamat menunaikan haji cikgu ;)




Intihanya, kita tengok ajelah apa berlaku hari ni ! 
ade lebih kurang 2 jam lagi kawan-kawan aku nak datang untuk melaram bersama-sama :P 
dorang nak pinjam eyeliner lewwtuuuuu :P


p/s : aku takkan pakai selendang baru beli tu harinie. Buat rugi je kan, nak buat macam mana .. aiyohh ...













Thursday 20 October 2011

Pelajar Lepasan PMR

kaki ku rajin ke sekolah


Perasaan keluar dari dewan peperiksaan apabila habis paper memang tak boleh lupa .. 
TAPI ! lek luuuu "kau baru habis PMR, tu haaa SPM menanti" kata seorang senior. 


PMR senang ke ? aku rasa susah je :| 

TAPI! bila aku dah buat soalan add maths hari tu aku sedar yang PMR mudah sikit berbanding SPM.


Ingatkan lepas habis periksa boleh la rehat kepala otak sekejap 
TAPI ! cikgu buat keputusan untuk teruskan pembelajaran bagi persediaan ke tingkatan 4.

Belajar addmaths lepas PMR ? fuhhh cabaran dugaan rintangan melanda :P
TAPI ! tak kenal maka tak cinta.

Kesimpulannya, cintailah addmaths selepas anda bergelar pelajar lepasan PMR :)))