Monday 17 December 2012

The memory last forever :')

Memori terindah . This picture was taken by someone. Terlampau banyak gambar-gambar yang harus disimpan sebagai kenangan. Tapi aku suka yang ini :P

Waktu ini dalam pukul 2 ke 3 pagi dekat taman negara , lepak-lepak, borak-borak. Perfect moment. Ramai lagi yang tak tidur time ini. Semua enjoy main permainan budak-budak. Well bukan selalu boleh macam ini. Sejuk sangat dikelilingi hutan. Rasa jauh dari dunia luar. Percutian yang paling best. Mandi sungai, masuk hutan, makan-makan,  kaki kena naik pacat, tidur khemah, lepak dengan cikgu-cikgu dan tangkap gambar. :D

Kita orang macam hilang connection dengan dunia luar sebab line dekat hutan ni memang tiada. So, aku memang tak pegang phone langsung. Masuk hutan pada waktu malam memang pengalaman paling  gila tapi best. Aku sensitif sikit bab pacat tapi redah jugak. Masuk gua, redah lecak + lumpur, itu seronok. Berada dalam hutan dari jam 10        pagi hingga 5 petang macam tu, What do you expect? Fuhh! Penat habis sampai aku dah tak boleh jalan. Rasa nak pengsan sangat. Tapi ada kekuatan bila kita tahu ada orang yang selalu support kita. So i guess that's all i can share. Actually banyak sangat benda best sepanjang kat sana. Pengalaman baru yang awesome. :D

Special from me :)



I have one question.. Do you still remember this song? :P

Monday 3 December 2012

The Choice Is Yours :)


Assalamualaikum..

Di kala ini, aku sedang buntu, keliru, pening berserabut memikirkan kursus apa yang bakal diambil selepas SPM kelak. Folio kerjaya telah mula menghantui fikiran. Susah rupanya apabila kau tak tahu kau berkebolehan dalam  bidang apa. Aku cuma takut tersilap langkah dan akhirnya buat sesuatu dalam keadaan terpaksa. Bila terpaksa, hasilnya pon, hmm tahu-tahu sajalah. Kenapa susah sangat untuk buat keputusan. Sebab ini sebenarnya salah satu benda penting dalam hidup. Aku akan hidup dengan apa yang aku pilih dan buat sekarang. Jadi, susah untuk aku. Entah kenapa aku terfikir aku hanya mahu jadi yang biasa-biasa saja. Tapi, apa gunanya duit yang banyak dah dikeluarkan. Pening kepala sungguh. Konklusinya, aku harus ubah sesuatu dalam hidup aku. Be someone. Bukan  yang biasa. Berguna kepada semua orang terutama ibu bapa. Bukan jadi tak guna. Pilihan di tangan kita. Insyaallah.

Sekadar luahan perasaan tatkala fikiran buntu mengenai kerjaya di masa hadapan. :)
*Aku tetap perlu tanya orang juga ni, haish :(