Monday 3 December 2012

The Choice Is Yours :)


Assalamualaikum..

Di kala ini, aku sedang buntu, keliru, pening berserabut memikirkan kursus apa yang bakal diambil selepas SPM kelak. Folio kerjaya telah mula menghantui fikiran. Susah rupanya apabila kau tak tahu kau berkebolehan dalam  bidang apa. Aku cuma takut tersilap langkah dan akhirnya buat sesuatu dalam keadaan terpaksa. Bila terpaksa, hasilnya pon, hmm tahu-tahu sajalah. Kenapa susah sangat untuk buat keputusan. Sebab ini sebenarnya salah satu benda penting dalam hidup. Aku akan hidup dengan apa yang aku pilih dan buat sekarang. Jadi, susah untuk aku. Entah kenapa aku terfikir aku hanya mahu jadi yang biasa-biasa saja. Tapi, apa gunanya duit yang banyak dah dikeluarkan. Pening kepala sungguh. Konklusinya, aku harus ubah sesuatu dalam hidup aku. Be someone. Bukan  yang biasa. Berguna kepada semua orang terutama ibu bapa. Bukan jadi tak guna. Pilihan di tangan kita. Insyaallah.

Sekadar luahan perasaan tatkala fikiran buntu mengenai kerjaya di masa hadapan. :)
*Aku tetap perlu tanya orang juga ni, haish :( 

No comments:

Post a Comment